SARAWAK WETLAND RIVER CRUISE
Tahukah anda sungai terpanjang di Malaysia adalah sungai Rajang di Sarawak? Di Sarawak, bukan cuma ada sungai Rajang, tetapi banyak sungai lain yang akan membawa anda menyaksikan pelbagai hidupan liar secara dekat.
Santubong Wetland River Cruise akan membawa anda merentas sungai Santubong dan melihat sendiri secara dekat spesis buaya pembunuh yang digeruni ramai. Bukan boyak (buaya) ajak, mungkin ktk urang akan jumpa dolphin Irrawaddy daripada jauh.
Anda akan menaiki bot untuk menyusuri sungai Santubong. Sungai Santubong adalah antara sungai Yang penting Di Sarawak dan mengalir keluar Ke Laut China Selatan. Di kawasan sungai Santubong inilah terletaknya tapak warisan kuno dengan batu petroglyph atau Ukiran batu.
Disini juga bersemadinya Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Kitak urang akan nangga DENGAN jelas Puteri Santubong gurin (baring) melalui bentok Gunung Santubong. Serpihan Pulo Kerak (Kera) dan Pulau pulau kecil sekeliling Gunung Santubong adalah serpihan Sejinjang.
Apabila menyusuri sungai ini, mesti kitak urang akan rasa blessed as you can witness God's beautiful creation. Udara Segar Yang jauh DARIPADA pencemaran kota. Automatically kitak urang akan rasa perbezaan dari segi kualiti udara. So refreshing.
**All image credited to Google and Facebook**
And before ending your trip, please enjoy the sunset because it is worth the wait. Trust me!
Comments
Post a Comment